DASAR KUALITI
PPD Kuala Selangor bertekad untuk memastikan sistem pengurusan perkhidmatan
pendidikan dilaksanakan secara profesional, efisien dan berkualiti bagi memenuhi
kehendak dan kepuasan hati pelanggan. Proses ini melibatkan kerja sepasukan,
kajian semula pengurusan dan proses penambahbaikan yang dilaksanakan secara
menyeluruh dan berterusan.
KEPERLUAN KENYATAAN DASAR KUALITI
Kenyataan Dasar Kualiti dibuat bagi memaklumkan kepada semua pegawai dan
kakitangan PPD Kuala Selangor untuk memastikan sistem kualiti yang menyeluruh
dan berterusan dapat diterapkan di dalam tugas mereka. Kenyataan ini juga
merupakan garis panduan pelaksanaan sistem pengurusan perkhidmatan pendidikan
yang berkualiti bagi menjelaskan kepada semua pegawai dan kakitangan supaya
dapat difahami dan dihayati serta memberi komitmen sepenuhnya terhadap
pelaksanaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan