PENGURUSAN |
|
KEWANGAN, INFRASTRUKTUR & PEROLEHAN |
1. Mengurus hal ehwal kewangan di peringkat daerah. 2. Mengurus dan memperakukan terimaan dan kutipan hasil. 3. Menguruskan dan menyelia pengurusan aset di PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut. 4. Mengawalselia penyediaan Penyata Akaun Sekolah dan mempastikan tiada laporan audit bersyarat. 5. Menyediakan khidmat nasihat dan rujukan dalam pengurusan kewangan kepada sekolah-sekolah. 6. Melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kecil untuk PPD dan sekolah-sekolah bukan PTJ. 7. Mengendalikan urusan perolehan untuk PPD dan sekolah-sekolah bukan PTJ. 8. Menyelaras urusan keperluan bangunan dan perolehan sekolah-sekolah di bawah seliaan PPD. 9. Penyelarasan akaun (termasuk sekolah-sekolah bukan PTJ). 10. Memantau perbelanjaan dan transaksi di PPD dan sekolah-sekolah bukan PTJ. 11. Menguruskan penyaluran peruntukan kepada sekolah-sekolah bukan PTJ. 12. Menguruskan keselamatan di PPD sentiasa terjaga |
SUMBER MANUSIA, ICT & PENTADBIRAN AM |
1. Mengurus hal ehwal perkhidmatan/perjawatan guru dan bukan guru di peringkat daerah. 2. Menguruskan hal perkhidmatan kakitangan di PPD. 3. Mentadbir pengurusan HRMIS. 4. Menguruskan program latihan kepada guru dan bukan guru di peringkat daerah. 5. Menguruskan pentadbiran am di PPD. 6. Melaksanakan pengurusan integriti di peringkat daerah. 7. Menyelaras dan mengendalikan penyelenggaraan perkakasan dan perisian sistem aplikasi. 8. Menyelaras dan mengendalikan Latihan penggunaan sistem aplikasi. 9. Melaksanakan kajian dan ulasan permohonan perolehan perkakasan komputer. 10. Menyelaras pemprosesan sistem aplikasi pengurusan dan penganalisaan data. 11. Menyelaras dan melaksanakan penggunaan sistem aplikasi yang dijadualkan di peringkat daerah. 12. Menguruskan hal-hal pengendalian perkakasan dan perisian aplikasi. 13. Memberi input dan menyediakan ulasan perolehan peralatan komputer. 14. Menyelenggara hardware dan sistem aplikasi di PPD dan sekolah. 15. Menyelenggara pengkalan data dan automasi proses. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan