SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

 

PENGURUSAN SEKOLAH

  1. Menyelia pengurusan dan pentadbiran Prasekolah, Sekolah Rendah, Menengah termasuk Institusi Pendidikan Swasta (sekiranya ada) yang di bawah bidang kawalan PPD.

  2. Penempatan dan Pertukaran guru di sekolah bawah kawalan PPD termasuk Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.

  3. Menguruskan pendaftaran, pengemaskinian dan menverifikasi data murid warganegara dan bukan warganegara di sekolah bawah kawalan PPD.

  4. Menyelia dan memantau kurikulum di Institusi Pendidikan Swasta  di bawah kawalan PPD (sekiranya ada).


PENGUPAYAAN KEPIMPINAN SEKOLAH (SIP+)

  1. Membimbing dan membangunkan pemimpin sekolah dalam aspek kepemimpinan dan pengurusan organisasi.

  2. Memberi khidmat nasihat kepada pemimpin sekolah mengenai program/ intervensi yang sesuai berkaitan hal ehwal murid untuk dilaksanakan mengikut keperluan.

  3. Membina platform bagi perkongsian dan pertukaran amalan terbaik pengajaran menerusi jaringan dan jalinan dengan pelbagai agensi mengikut keperluan sekolah.

  4. Memberi khidmat nasihat dari aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi dalam pengurusan pemilihan kepimpinan sekolah.

  5. Melaksana program bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan dalam daerah melalui Continuous Professional Development (CPD) dan Professional Learning Community (PLC).

  6. Memberi khidmat kepakaran profesionalisme dari aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi dalam daerah.

  7. Memberi khidmat nasihat berkenaan penempatan dan pertukaran guru dalam daerah.


PRASEKOLAH DAN RENDAH

  1. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan perancangan strategik keperluan di peringkat Prasekolah dan Sekolah Rendah.

  2. Mengurus dan melaksanakan penempatan dan pertukaran guru mengikut keperluan opsyen di sekolah di bawah kawalan PPD.

  3. Mengurus dan melaksanakan penempatan murid (warganegara dan bukan warganegara) di sekolah di bawah kawalan PPD.

  4. Merancang, mengurus, menyelaras dan menverifikasi data dan maklumat pengoperasian Prasekolah dan Sekolah Rendah.

  5. Menyediakan maklumat bagi permohonan untuk ABM (Kewangan / Perjawatan)
  1. Merancang, meneliti dan mengurus tindakan susulan berkaitan isu pendidikan di peringkat Prasekolah dan Sekolah Rendah di sekolah di bawah kawalan PPD.

  2. Merancang, menyelaras dan melaksana keperluan pendidikan alternatif.

  3. Menyelia urusan pengemaskinian dan penyelenggaraan pangkalan data murid.



MENENGAH DAN TINGKATAN 6

  1. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan perancangan strategik keperluan di peringkat Menengah dan Tingkatan 6.

  2. Mengurus dan melaksanakan penempatan dan pertukaran guru mengikut keperluan opsyen di sekolah di bawah kawalan PPD.

  3. Mengurus dan melaksanakan penempatan murid (warganegara dan bukan warganegara) di sekolah di bawah kawalan PPD.

  4. Merancang, mengurus, menyelaras dan menverifikasi data dan maklumat pengoperasian Menengah dan Tingkatan 6.

  5. Menyediakan maklumat bagi permohonan untuk ABM (Kewangan / Perjawatan)

  6. Merancang, meneliti dan mengurus tindakan susulan berkaitan isu pendidikan di peringkat Menengah dan Tingkatan 6 di sekolah di bawah kawalan PPD.

  7. Merancang, menyelaras dan melaksana keperluan pendidikan alternatif.

  8. Menyelia urusan pengemaskinian dan penyelenggaraan pangkalan data murid.



PENDIDIKAN SWASTA

  1. Membantu dalam pemantauan, pengawalseliaan dan penguatkuasaan ke atas institusi pendidikan swasta dan prasekolah swasta di bawah kawalan PPD.

  2. Membantu dalam menyediakan laporan pemeriksaan dalam proses pendaftaran IPS.

  3. Membantu dalam proses permohonan pendaftaran / memperbaharui pendaftaran guru

  4. Pengumpulan data sekolah swasta

  5. Menyediakan laporan awal bagi tujuan pendakwaan.

*Pewujudan Unit Swasta di PPD adalah bergantung kepada keperluan semasa PPD

Tiada ulasan: