SEKTOR PEMBANGUNAN MURID

 

PEMBANGUNAN MURID
Melaksanakan pelan kecemerlangan murid daerah meliputi akademik, kokurikulum, disiplin dan bantuan pendidikan.


PEMBANGUNAN MURID 1

  1. Menyelaras pelaksanaan program di sekolah-sekolah.

  2. Melaksana pelan tindakan keberhasilan murid.

  3. Melaksana pemantauan program di peringkat daerah.

  4. Menyelaras pengoperasian pembangunan murid dalam daerah.

  5. Menyelia urusan pengemaskinian dan penyelenggaraan pangkalan data pelajar berkaitan hal ehwal murid.

Bantuan Pendidikan/Kebajikan/SPBT

Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program bantuan kepada murid
seperti :

  1. Asrama  

  2. Biasiswa/Bantuan Pelajar Miskin

  3. Anti Dadah 

  4. Rancangan Makanan Tambahan

  5. Program Susu Sekolah

  6. Skim Bantuan Makanan Asrama

  7. Skim Bantuan Pakaian Seragam

  8. Skim Bantuan Buku Teks
Disiplin dan Sahsiah

Merancang, menyelaras dan melaksana :      
                                        
  1. Program disiplin dan keselamatan murid       
        
  2. Program bimbingan, kaunseling dan kerjaya murid


PEMBANGUNAN BAKAT MURID 2

  1. Menyelaras pelaksanaan program di sekolah-sekolah.

  2. Menyelia urusan pengemaskinian dan penyelenggaraan pangkalan data pelajar berkaitan pembangunan bakat murid.

  3. Melaksana pelan tindakan keberhasilan murid.

  4. Melaksana pemantauan program pendidikan di peringkat daerah.

  5. Menyelaras pengoperasian pembangunan murid dalam daerah.

Sukan

  1. Merancang, melaksana dan menyelaras:

      1. Aktiviti sukan di peringkat daerah dan negeri

      2. Kursus-kursus yang berkaitan sukan kepada guru-guru

      3. Kerjasama agensi lain dalam aktiviti sukan

  2. Merancang dan melaksana aktiviti sukan dan mengurusetia MSSD

  3. Memantau dan menilai perlaksanaan program  sukan di daerah



PEMBANGUNAN BAKAT MURID 3

Kokurikulum dan Kesenian

  1. Merancang, melaksana dan menyelaras :

      1. Aktiviti kelab, persatuan dan badan beruniform di peringkat daerah dan negeri.

      2. Kursus-kursus yang berkaitan kegiatan ko-kurikulum kepada guru-guru.

      3. Kerjasama agensi lain dalam aktiviti kokurikulum.

  2. Memantau dan menilai perlaksanaan program kokurikulum dan akademik.

  3. Merancang, melaksana dan menyelaras :

      1. Aktiviti pendidikan pencegahan dadah.

      2. Kursus/bengkel/seminar yang berkaitan pendidikan pencegahan dadah kepada guru-guru.  

      3. Pertandingan anti dadah

      4. Kerjasama agensi lain dalam aktiviti pencegahan dadah. 

  4. Memantau dan menilai perlaksanaan pendidikan pencegahan dadah.

  5. Melaksana dan menyelaras Kursus/bengkel/seminar pengurusan dan penyelarasan Ko-kurikulum.

Tiada ulasan: