PIAGAM PELANGGAN

 PIAGAM PELANGGAN :


KAMI WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH NEGERI SELANGOR DENGAN PENUH TEKAD
DAN ILTIZAM DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

1. Memastikan semua pelanggan dilayan dalam 30 minit pertama;

2. Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap dalam tempoh 1 hari bekerja
dari tarikh terima aduan dan surat jawapan hasil siasatan akan disampaikan
kepada pengadu bermaklumat lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh
disahkan;

3. Memastikan permohonan pertukaran murid diproses dan diberikan keputusan
dalam tempoh 5 hari jika memenuhi syarat;

4. Memastikan surat penempatan guru dan pertukaran guru ke negeri atau daerah
dapat diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh senarai guru diterima
atau dari tarikh permohonan diluluskan;

5. Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah pada hari
keputusan dikeluarkan;

6. Memastikan keputusan permohonan rayuan bersekolah semula dikeluarkan
dalam tempoh 21 hari bekerja;

7. Memastikan bayaran kepada pembekal dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas
dokumen lengkap diterima;

8. Memastikan setiap laporan kerosakan di sekolah diambil tindakan dalam
tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima laporan.

Tiada ulasan: