LATAR BELAKANG DAN SEJARAH PPDKS

 SEJARAH PENUBUHAN DAN PERISTIWA BERSEJARAH


Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor (PPDKS) telah ditubuhkan di bawah Education Ordinance 1950.
Ia mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyelaraskan semua perkara yang berkaitan dengan
pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah menengah dan rendah di Daerah Kuala Selangor.

Secara dasarnya Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor (PPDKSel) telah ditubuhkan pada 1
Jun 1982, tetapi secara fizikalnya ia mula wujud pada 1 Julai 1982. Menggunakan keseluruhan
Sekolah Kebangsaan Tanjong Keramat yang berpindah ke lokasi baru. Pejabat ini ditadbir oleh
seorang Pegawai Pendidikan Daerah dan 6 pegawai dan 7 kakitangan.

Setelah lapan (8) tahun beroperasi di bangunan ini, ia telah diisytiharkan tidak selamat oleh JKR.
Mulai Ogos 1999 Pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor berpindah ke salah
sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat, sementara bangunan asal PPD dijadikan
Dewan PPD. Pada mulanya semua pegawai dan kakitangan PPD Kuala Selangor ditempatkan
disebuah bangunan setingkat sahaja.

Pada tahun 2004 PPD Kuala Selangor mendapat peruntukan untuk membina sebuah bangunan
tambahan setingkat bagi mengatasi masalah kesesakan. Kini bangunan pentadbiran PPD Kuala
Selangor masih beroperasi di bangunan yang sama iaitu 2 blok bangunan setingkat yang
menempatkan seramai 67 pegawai dan kakitangan, beserta 4 pekerja khidmat singkat.

Pada tahun 2006, PPD Kuala Selangor bersama semua Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD/PPG
seluruh Malaysia telah menerima pengiktirafan MAMPU dengan memperolehi Sijil Sistem Kualiti
MS ISO 9001:2000 bagi skop, Pengurusan Penempatan Guru, Pengurusan Pertukaran Guru, dan
Pengurusan Penempatan Murid Tingkatan 1 dan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh.

PPD Kuala Selangor komited dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses 
penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelanggan dan aspirasi . 
Pengurusan perkhidmatan pendidikan ini dilaksanakan oleh unit-unit berikut di PPDKS;

·        Unit Pengurusan Sekolah
·        Unit Pengurusan Akademik
·        Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
·        Unit Pembangunan, Perolehan dan Aset
·        Unit Pengurusan Kualiti
·        Unit Psikologi dan Kaunseling
·        Unit Pengurusan Maklumat dan ICT
·        Unit Kewangan dan Akaun
·        Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan

Pada tahun 2020 Pengurusan perkhidmatan pendidikan nama unit-unit ini dimurnikan kepada nama baru kepada sektor dan unit berikut di PPDKS;


·        SEKTOR PERANCANGAN
·        SEKTOR PEMBELAJARAN
·        SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
·        SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
·        SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING
·        SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN

·        SEKTOR PENGURUSAN 
         ·     Unit Sumber Manusia, ICT Dan Pentadbiran Am
         ·     Unit Infrastruktur, Kewangan  & Perolehan

Tiada ulasan: